وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
Surah Ar-Rum (30:21)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Shaarizal Bin Mansor
&
Nurul Safinah Binti Osman
Dengan penuh takzim dan hormat,
kami menjemput
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
ke majlis walimatulurus anakanda kami
Nur Najla Anissa Binti Shaarizal
dengan pilihan hatinya
Johan Ariff Bin Mahamed
Hari Majlis
Ahad
Tarikh Majlis
20 Disember 2026
bersamaan
11 Rejab 1448 Hijrah
Masa Majlis
11:00 pagi - 4:00 petang
10.30 pagi
Ketibaan tetamu
11.00 pagi
Ketibaan pengantin
12.00 tengah hari
Majlis makan beradab
1.00 petang
Sesi fotografi bersama keluarga kedua-dua belah pihak
2.00 petang
Sesi fotografi bersama saudara mara dan tetamu
2.30 petang
Jamuan makan diteruskan
3.30 petang
Majlis menuju ke penghujung
4.00 petang
Majlis bersurai
Menanti ucapan daripada tetamu...
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kami memohon kepada-Mu, Ya Allah, berkatilah ikatan suci antara dua hamba-Mu. Tumbuhkanlah dalam hati mereka cinta yang abadi, kasih sayang yang tidak pernah luntur, dan kesetiaan yang kukuh hingga ke akhir hayat mereka."
“Jadikanlah mereka dalam kalangan orang yang saling mencintai kerana-Mu, yang menjaga maruah satu sama lain sama ada ketika bersama mahupun berjauhan, yang menjadi penenang antara satu sama lain, dan yang saling mengingatkan antara satu sama lain kepada-Mu saat leka dan lalai”
“Ya Allah, lindungilah mereka daripada ujian yang melemahkan hati, daripada bisikan yang memecahbelahkan, dan daripada takdir yang membawa kesedihan. Kurniakanlah kepada mereka kehidupan yang diberkati dan penuh ketenangan, rezeki yang halal, mencukupi dan penuh keberkatan, serta zuriat yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan penawar hati mereka”
“Ya Allah, andai satu hari mereka berasa letih, jadikanlah cinta mereka sumber kekuatan. Andai satu hari ikatan mereka diuji, ingatkanlah mereka akan hikmah di sebalik penyatuan ini, dan bahawa pernikahan ini bukan sekadar untuk dunia, tetapi sebuah perjalanan menuju kebersamaan abadi di syurga-Mu”
“Jadikanlah perkahwinan ini sebagai jalan untuk meraih reda-Mu, perisai daripada dosa, dan laluan menuju rahmat-Mu. Jadikanlah cinta ini cinta terakhir mereka di dunia ini, sehingga Engkau pertemukan kembali mereka di syurga tertinggi, Jannatul Firdaus”
Amin Ya Rabbal ‘Alamiin
Dengan Penuh Kasih,
Nur Najla Anissa Binti Shaarizal
&
Johan Ariff Bin Mahamed